Peminat Terhibur Lihat Telatah Tokti Terpaksa End Live Disebabkan Afwa

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti, tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok bersama anak-anaknya.

Terdahulu Tokti membuat ubah suai bilik Afiyah dan mendapat perhatian ramai. Mereka menyatakan bahawa tidak sabar untuk melihat ‘Tour Room’ yang lengkap bagi bilik Afiyah itu.

Baru-baru ini tular satu video yang dimuatnaik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang meraih perhatian ramai. Di dalam video berkenaan memaparkan rakaman semasa Tokti sedang membuat live di Instagram miliknya.

Tokti yang sedang berada di bilik Afiyah itu sedang menceritakan mengenai hiasan bilik tersebut, namun Afwa datang dekatnya dan menangis ingin tido. Gara-gara Afwa menarik tangan Tokti terpaksa Matikan Live tersebut.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version