Pasangan suami isteri, Shila Amzah dan Ubai sering jadi perhatian warganet di media sosial terutama selepas mereka disatukan pada 4 Ogos lalu. Terbaru, Shila dan Ubai diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan pada Ahad di Forest Valley Hall, Cheras. Menerusi video yang dimuat naik, Shila mengenakan busana berona putih manakala Ubai menggayakan black tuxedo suit. Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah dress dipakai oleh Shila yang dikatakan terlalu ketat. Rata-rata warganet menganggap baju itu tidak sesuai memandangkan tubuh badan penyanyi berumur 33 tahun agak berisi. Klik sini untuk lihat video.
Ada juga peminat yang menjelaskan teguran itu dibuat kerana Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah adalah seorang hijabis. Nampak tidak manis. Meskipun begitu, wargamaya turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu selain menyifatkan Shila sudah bertemu dengan lelaki yang tepat. Terdahulu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang. Pada majlis itu, Shila menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.