Dah sah berpisah, bekas isteri Aziz M Osman tak akan bawa isu penjagaan anak anak ke mahkamah

Bekas isteri kepada pengarah, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily menyifatkan anak sulung mereka, Puteri Nur Azzahra, 12,  seorang yang matang. Menurut Puteri Lily, Azzahra tidak pernah menghalang mereka berdua berpisah, sebaliknya menyokong apa sahaja keputusan yang terbaik. “Tiada anak yang mahu melihat ibu bapa mereka berpisah. Saya tahu ia bukan satu perkara mudah untuk anak-anak. Dia mesti melalui saat hidup yang sukar sebagai kanak-kanak berusia 12 tahun (anak sulung).

Alhamdulillah, dia sangat matang. Dia beritahu saya tak mahu jadi selfish, apa yang terbaik untuk saya, dia kata teruskan. Saya beritahu Aziz anak kami kata begitu, dia sendiri terkejut. Dengan usia begitu boleh kata sedemikian. Anak nampak apa yang terjadi antara kami, mental health dia sangat penting. Cuma kami tidak akan aibkan mana-mana pihak.” Puteri Lily memaklumkan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi, baru-baru ini. Dalam masa sama, Puteri Lily yang juga seorang penerbit berkata, dia dan Aziz tidak akan membawa isu hak penjagaan anak ke mahkamah.

Kata Puteri Lily lagi, soal nafkah turut tidak menjadi masalah buat dia dan bekas suami. “Alhamdulillah, saya tiada masalah dengan Aziz untuk penjagaan anak-anak. Mereka boleh duduk ikut mana yang suka, nak duduk dengan saya boleh, nak duduk dengan Aziz pun boleh. Saya tidak bawa hak penjagaan anak-anak ke dalam mahkamah, kalau Aziz kerja saya boleh jaga anak. Kalau saya kerja, Aziz boleh jaga anak. Rumah kami berdua juga dekat, termasuk isu nafkah tiada masalah, semuanya okay, Allah permudahkan.” Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, disoal adakah akan berlaku kemungkinan untuk kembali bersama Aziz, Puteri Lily menegaskan hal itu tidak akan terjadi. “Tidak kot, saya selesa dengan keadaan sekarang, jadi ibu tunggal dan kawan baik Aziz. Saya masih uruskan syarikat bersama dia, cuma tidak boleh bersama. Saya hormat dia sebagai bapa kepada anak-anak saya yang baik. Saya minta semua orang doakan yang terbaik untuk saya, Aziz dan anak-anak untuk terus kuat mental dan fizikal kami. Please move on.”

Terdahulu, Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Stories memaklumkan dia sudah pun berpisah dengan Aziz sejak bulan lalu. Menurut Puteri Lily, pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya fitnah antara dirinya dengan bekas suami di kemudian hari. Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Aziz. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version