Seorang peniaga bakso di Indonesia mendapat perhatian orang ramai kerana meniaga di tepi jalan dengan memakai pakaian pejabat, lapor program berita Liputan6.
Klip video memaparkan peniaga bakso itu dimuat naik dalam akaun Instagram @info-balikpapan. Lelaki bernama Broto itu dilihat memakai kemeja, tali leher, seluar hitam berserta kasut kulit.
Broto berniaga di Kota Balikpapan, Kalimantan Timur dengan membawa barang dagangan menggunakan motosikalnya. Dia sengaja memakai pakaian pejabat supaya jualannya laris.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Hebat, semoga rezeki penjual bakso itu dipermudahkan dan semakin berjaya,” komen seorang netizen. – Agensi. Kredit Kosmo Online.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.