Penduduk ternak lima puluh lapan buaya dalam lubang di tepi rumah

Polis menemui 58 ekor buaya diternak di dalam lubang sempit selepas menyerbu beberapa buah rumah di wilayah Sumatera Selatan, lapor laman berita Detik hari ini. Berdasarkan gambar yang dirakam polis, semua buaya itu diternak di dalam lubang berdinding konkrit. Ia terletak betul-betul di sebelah rumah pemiliknya. 

Wakil Balai Polis Sumatera Selatan, Putu Yudha Prawira berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan penduduk setempat. Penduduk kawasan itu bimbang sekiranya buaya-buaya yang diternak terlepas dan membahayakan nyawa mereka.

Tiga orang ditahan dalam serbuan itu. Mereka ialah Amrun, 73, yang didapati memelihara 13 ekor buaya, Sukarni 11 ekor, manakala Supratman 34 ekor. Menurut Sukarni, ternakan itu diamanahkan oleh seorang lelaki bernama Budiman dan mereka memanggilnya sebagai Bos. Budiman dikatakan meninggal dunia pada 2015.

Buaya yang tinggal kemudian diternak sehingga besar dan membiak. Mereka memberi makan ikan kepada buaya-buaya tersebut. Polis masih menyiasat motif penternakan buaya itu. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version