Blackpink kumpulan wanita pertama buat konsert di lokasi ikonik Gocheok Sky Dome

Kali ini mereka menjadi kumpulan wanita pertama bakal mengadakan konsert di lokasi ikonik di Seoul iaitu Gocheok Sky Dome. Awal bulan ini, kumpulan digilai satu dunia itu mengumumkan tarikh-tarikh penutup konsert siri jelajah dunia Born Pink mereka di Seoul.

Menurut mereka, konsert itu akan diadakan pada 16 dan 17 September ini lokasinya ketika itu dirahsiakan. Namun, kelmarin, agensi YG Entertaintment akhirnya merungkai teka-teki itu dengan mengumumkan secara rasmi Gocheok Sky Dome bakal menjadi lokasi konsert itu.

Terletak di Gocheok-dong, Seoul, stadium berkenaan cukup gah dan adalah sebuah lokasi berprofil tinggi dengan kapasiti lebih 25,000 penonton.

Selain konsert BLACKPINK, beberapa acara besar juga bakal di adakan di sana seperti pentas akhir 2023 League of Legends World Championship pada 19 November nanti.

Pengumuman itu ternyata menggembirakan peminat kumpulan terbabit yang dipanggil Blinks. Namun dalam masa sama, pelbagai persoalan juga timbul selepas pengumuman lokasi itu secara rasmi.

Saya tak pasti bagaimana mereka nak penuhkan tempat duduk di tingkat tiga. Mereka adalah kumpulan wanita pertama? Saya betul-betul nak hadirinya. Jangan harap kurang daripada BLACKPINK.

“Ini cukup luar biasa, saya wajib hadir. Tahniah BLACKPINK. Saya harap akan dapat beli tempat duduk. BLACKPINK sememangnya yang terbaik. Saya tak percaya kumpulan wanita terbaik akan beraksi di Gocheok,” itu antara komen peminat. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version