Ada yang nak boikot Syahmi dan isteri sebab bersuara pasal isu air, sekali ini pula kata kata semangat dari Azhar Sulaiman

Pempengaruh Anissa Faizul dan Syahmi Sazli menerima kritikan setelah bersuara mengenai masalah air di Kelantan. Azhar Sulaiman tampil memberi sokongan buat pasangan tersebut. Menerusi hantaran Instagram (IG), pelakon senior itu, 52, memuat naik gambar Syahmi dan di samping menitipkan kata-kata semangat buat pasangan tersebut. “Behar doakan semoga rezeki Mi dan isteri akan sentiasa murah.” Tambahnya lagi, tindakan pasangan tersebut memberikan kebaikan kepada penduduk Kelantan, sekaligus mendapat pahala daripada Allah SWT

“Satu ayat satu perbuatan demi Allah SWT akan dapat pahala. Satu ayat satu perbuatan demi kebaikan semua orang juga boleh dapat pahala. Semua rezeki datang from the top (datang dari Allah). Terdahulu, Anissa berkongsi satu hantaran mengenai luahan seorang pengguna Facebook yang mengalami masalah air selama enam bulan. Namun, perkongsian Anissa telah disalah erti oleh segelintir warganet sehingga menyebabkan pasangan itu menerima ugutan untuk diboikot. Untuk pengetahuan, Syahmi dan Anissa mempunyai perniagaa air balang, minyak wangi dan kedai makanan pencuci mulut di Kelantan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version