Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman membuka cerita berhubung isu rumah tangganya bersama bekas suami, Datuk ND Lala yang baru berpisah pada 8 Ogos lalu. Menurut laporan Berita Harian, wanita berusia 55 tahun itu berkata, dia mengundurkan diri dari perkahwinan tersebut selepas penat berusaha mempertahankan rumah tangganya yang dibina selama 34 tahun. “Saya cuba ikhtiar, berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri. Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah,” katanya.
Fauziah atau lebih mesra dipanggil Mamazie berkata, dia digantung tak bertali sejak tahun lalu dan kehidupannya menjadi huru-hara akibat brblah setiap hari apabila penyanyi veteran tersebut pulang ke rumah pada April lalu. Dalam pada masa yang sama, ND Lala mengaku dirinya sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada akhir tahun lalu namun menurut sumber, Fauziah mendapati perkahwinan tersebut sudah berlaku sejak lapan tahun lalu. “ND Lala mengakui bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tetapi, saya cuba semak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fauziah turut mendakwa bekas suaminya tidak lagi menghargai dirinya sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana seolah-olah tidak mengambil berat mengenai keluarga di rumah untuk fokus kepada wanita baru. “Sebab kahwin lain, seorang rakannya kata dia takkan lepaskan saya. Jika saya minta lepas, dia akan lepaskan, mungkin. Tetapi, dia pernah beritahu dengan rakannya itu, walau apapun dia takkan lepaskan saya,” katanya. Terdahulu, Fauziah mengesahkan ND Lala melafazkan talak terhadapnya pada 2 Ogos lalu di Masjid AR Rahman, Bangsar dan hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp enam hari selepas itu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.