Mimpi muka lelaki yang familiar, Datuk Aishah dedah pernah kena gangguan yang dihantar melalui penghantaran kurier

PENYANYI Datuk Aishah mendedahkan dia pernah terkena gangguan sihir yang dihantar oleh individu tidak dikenali melalui penghantaran kurier. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, akibat perbuatan syirik itu dia mengalami sakit perut selain mendapat mimpi aneh yang tidak pernah dilalui sebelum ini. “Apabila bungkusan itu sampai, saya nak buka tetapi anak minta supaya tunggu dia pulang dahulu. Namun belum buka lagi saya dah tak sedap hati. Saya juga rasa sakit perut memulas dan ketika itu seperti mahu berguling di atas lantai.

“Kemudian saya juga mimpi macam ada orang terkam saya. Saya jarang mimpi yang aneh-aneh, tapi dalam mimpi itu saya nampak seorang lelaki yang sangat familiar wajahnya,” katanya. Aishah berkongsi pengalaman seram itu ketika ditemui dalam majlis memperkenalkan 10 peserta All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut Aishah sejak awal lagi dia merasa pelik apabila menerima bungkusan tersebut di atas namanya sedangkan tidak pernah membuat membuat sebarang pembelian. “Benda itu (santau) dihantar melalui courier. Saya ingat bateri motor sebab kotak yang digunakan nampak macam bateri motor.

“Saya awalnya ingat bungkusan itu anak saya punya tapi bila tengok nama orang penerima, nama saya. Kemudian saya dah macam pelik,” ujarnya. Tambah penyanyi lagu Janji Manismu ini dia turut melakukan ikhtiar memasang ayat Ruqyah di rumah selain mendapat rawatan perubatan Islam. Dalam masa sama kejadian yang berlaku itu membuatkan Aishah lebih berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang di masa depan. “Saya jadi paranoid bila cerita semula tentang hal ini. Tak sangka zaman sekarang ada sihir yang dihantar dengan cara begitu.

“Saya sudah buang bungkusan tersebut dan tiada lagi masalah sakit perut. Ada juga buat rawatan susulan dan saya tak mahu tahu siapa yang hantar atau buat perkara itu kepada saya,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version