Penerbit dan pelakon veteran, Datuk Yusof Haslam mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah Liyana selepas timbul isu apabila pelakon itu ‘dijentik’ seorang individu. Yusof berkata, dia bagaimanapun tidak dapat memberikan komen terperinci selepas berbincang dengan isterinya, Datin Patimah Ismail.
Saya bincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaiklah. Kalau boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini.
Tak manis untuk saya komen lebih-lebih sangat. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah Syamsul dan cucu-cucu saya,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Yusof, dia dan isterinya bersyukur kerana perpisahan antara anaknya, Syamsul Yusof dengan Sarah berjalan secara baik pada 14 Jun lalu.
Apa pun yang berlaku, kita bersyukur, Alhamdulillah kerana mereka sudah berpisah secara baik. Kita pun tidaklah menghina mana-mana pihak. Jangan kata kami nak menghina pihak sana atau apa. Tidak. Biar Allah menentukan takdir kita. Kalau takdir baik, Alhamdulillah baik. Bagi saya, biar semuanya selesai secara baik dan takdir menentukan segalanya,” katanya.
Ditanya, sama ada dia dan isteri masih menghubungi Sarah, Yusof berkata, mereka berhubung melalui WhatsApp dan sentiasa menitipkan kata-kata semangat buatnya. Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, tapi ada hubungi melalui WhatsApp. Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, sabar.
Kita tak boleh nak mengelak kecaman atau kutukan. Bahkan ahli politik pun kena kutuk dalam zaman sekarang. Cumanya, jangan dilayan untuk elakkan ia berpanjangan,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.