Tak sangka Pesawat MH122 patah balik ke Sydney ekoran gangguan penumpang

Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH112 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Sydney.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan terdapat gangguan daripada penumpang di dalam pesawat tersebut. Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, ketika kejadian, pesawat membawa 194 penumpang bersama lima anak kapal itu selamat mendarat di lapangan terbang terbabit kira-kira 3.47 petang waktu tempatan.

Demi keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney. Pihak berkuasa tempatan sedang menilai keadaan. Keselamatan dan keselesaan anak kapal serta penumpang amat penting kepada Malaysia Airlines,” ujarnya.

Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan ‘insiden kecemasan’ di udara. Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version