PELAKON Diana Danielle berharap agar kemelut rumah tangganya bersama suami iaitu aktor Farid Kamil berakhir dengan baik pada Khamis ini. Sekiranya ditakdirkan mereka berpisah, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata dia tetap akan mengekalkan hubungan baik dengan suaminya itu demi anak-anak. “Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturahim kami. “Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik, doakan.
“Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan InsyaAllah saya bersangka baik,” kata Diana kepada pemberita. Diana ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi mendengar keputusan kes Hadanah Interim (hak penjagaan) kedua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Pada Khamis ini, sebutan semula proses hakam membabitkan pasangan ini akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Dalam pada itu peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihaknya sudah berbincang dengan pihak defenden berhubung segala aspek melibatkan perpisahan pasangan ini.
“Kami telah berbincang untuk keputusan permohonan inter-parte hak penjagaan anak-anak dan semua kes-kes yang berkaitan anak guam dengan Farid termasuk pisah. “Kita telah sediakan satu perjanjian penyelesaian buat kedua-dua pihak dan telah masukkan semua terma-terma untuk selesaikan kes ni secara menyeluruh. Sementara itu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula pada 21 Ogos ini bagi merekod persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak. Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan perpisahan terhadapnya.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.