Tak berniat nak buka aib kawan sendiri, Didie Alias minta Enot dengar semula video temubual dia

Pelakon dan pelawak, Didie Alias memberitahu dirinya tidak berniat untuk memburukkan atau membuka aib sahabatnya, Enot dalam sebuah video temu bual bersaam Melodi yang disiarkan pada Ahad. Memetik laporan, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd@Ali, sebaliknya menjelaskan ia hanya sekadar luahan selepas Enot membuat keputusan untuk memulakan kehidupan baharu dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur. Pelakon berusia 51 tahun berkata, jika mendengar semula video tersebut ia jelas menunjukkan dia tidak bercakap ‘buruk’ mahupun mengaibkan sahabatnya.

“Sebagai seorang kawan, saya hanya luahkan apa yang tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu, saya tidak bercakap buruk atau menyebut namanya. Sudah lama simpan apa yang saya rasa sebab selama ini ramai yang bertanya dengan Enot. Saya pun tak boleh nak berikan jawapan sebab saya tak tahu keadaan dia,”ujarya. Tambah Didie, dia juga berharap agar sahabatnya itu mendengar semula video temu bual tersebut dan seterusnya memahami maksud yang disampaikan olehnya. “Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan (dalam temu bual tersebut),”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Didie berkata, dia bersedia untuk mendengar penjelasan Enot tentang luahan hatinya termasuk punca sebenar dia menjauhkan diri daripadanya selain aib yang disimpan. Pun begitu, Didie menyatakan dirinya tidak akan bersua muka dengan Enot dalam masa terdekat kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada. “Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah. Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak. Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia untuk dijaga. Itu pilihan dia sekarang. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,”kata Didie.

Didie berkata, dia kesal apabila timbul dakwaan mengatakan sahabatnya itu kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita. Apa yang membuatkan dirinya kesal apabila Enot dilihat semakin terbuka mempamerkan kemesraannya bersama ‘kekasih hati’ di media sosial. “Kalau dia pilih lelaki, saya tak kisah. Malah, saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin.. tapi dia ada pilihan sendiri. Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan, sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru,”luahnya lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version