Sebuah pesawat ringan dalam latihan penerbangan hilang kawalan dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 12.16 tengah hari itu, pesawat milik International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) dikendalikan oleh juruterbang pelatih wanita berusia 23 tahun.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pelatih itu bagaimanapun hanya mengalami kesakitan pada bahagian dada akibat kesan hentakan dan dibawa ke Hospital Melaka. Pada jam lebih kurang 12.42 tengah hari, pihak polis terima maklumat berkaitan sebuah pesawat milik IATAC telah hilang kawalan di landasan RWY 21.
Pesawat itu kemudian telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada jam 12.50 tengah hari dan juruterbang yang terlibat telaporkan telah dibawa menaiki ambulans ke Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini. Mengulas lanjut beliau memaklumkan, setakat ini belum ada sebarang laporan polis dibuat secara rasmi. – Awani
Kredit Sinar Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut