Dua angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nora Al Matrooshi dan Mohammad Al Mulla mencapai kemajuan penting dalam latihan ketat mereka semasa kedua-duanya bersedia untuk misi angkasa lepas yang akan datang. Dua angkasawan itu telah memulakan latihan spacewalk atau “berjalan di angkasa” di Makmal Keapungan Neutral (NBL) NASA, yang terletak di Pusat Angkasa Johnson di Houston, Texas.
Fungsi utama NBL adalah untuk menyediakan angkasawan untuk misi angkasa lepas melakukan spacewalk yang juga dikenali sebagai Extravehicular Activity (EVA), lapor Agensi Berita Emirates (WAM). Dengan dimensinya yang luas, iaitu 202 kaki panjang, 102 kaki lebar, dan 40 kaki dalam, NBL membolehkan Al Matrooshi dan Al Mulla untuk menyempurnakan prosedur rumit yang diperlukan untuk penerokaan angkasa yang berjaya.
Malah persekitaran di NBL kekal sebagai simulasi yang paling tepat untuk berjalan di luar angkasa yang tersedia di Bumi. Sebagai sebahagian daripada kumpulan kedua Program Angkasawan UAE, Al Matrooshi dan Al Mulla telah dipilih di antara 10 calon NASA daripada lebih 12,000 permohonan untuk kelas calon angkasawan tahun 2021.
Program Angkasawan UAE adalah salah satu projek yang diuruskan oleh Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC) di bawah Program Angkasa Negara UAE dan dibiayai oleh Dana ICT bagi Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi dan Kerajaan Digital (TDRA). Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.