Nak turunkan berat badan punya pasal, Emma Maembong sanggup tak makan nasi

Selepas melahirkan dua orang cahaya mata, pelakon Emma Maembong mengakui bukan mudah untuk dirinya menurunkan berat badan. Tidak menggunakan jalan pintas, Emma atau pemilik nama penuh, Fatimah Rohani Ismail berkata, selain mengamalkan senaman dan dia juga turut mengawal pemakanannya. “Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal. “Malah, pada peringkat awal saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.

“Jadi apabila ada yang kata, jalan itu lebih mudah buat saya tidak benar sama sekali. Selain bersenam saya juga menahan lapar. Mungkin dulu saya tidak bersenam namun metabolisma kini tidak lagi sama. “Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya,” kata Emma. Tegas Emma, langkah menurunkan berat badan diambil bukan saja kerana mahu kembali bekerja semata-mata sebaliknya atas faktor kesihatan juga.

“Saya berdiet dan bersenam bukan kerana tawaran berlakon semata-mata, sebaliknya atas faktor kesihatan juga. Bukan apa, semakin meningkat usia, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Jadi tiada jalan pintas untuk kurus,” kata Emma. Terdahulu, isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version