Tular seorang Wanita dengan janggut terpanjang di dunia

Erin Honeycutt, 38, dari Michigan, diiktiraf sebagai wanita yang memiliki janggut terpanjang di dunia. Dia menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR)) selepas berjaya memecahkan rekod dunia dengan memiliki janggut sepanjang 30 sentimeter (sm), selepas dua tahun membelanya.

Rekod sebelumnya dipegang Vivian Wheeler, 75, dengan memiliki janggut sepanjang 25.5 sm. Erin berkata, janggutnya tumbuh secara semula jadi akibat menghidap Sindrom Ovari Polikistik (PCOS). Katanya, dia mula ditumbuhi janggut pada usianya 13 tahun hingga dia mencuba pelbagai kaedah untuk menghilangkannya. Saya mungkin bercukur sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Saya buat ini sepanjang remaja sampai saya dewasa. Namun selepas saya mengalami masalah penglihatan, saya penat bercukur sebelum pasangan saya memberi galakan supaya saya membiarkan saja ia tumbuh,” katanya.

Selain PCOS, Erin juga menghidap necrotizing fasciitis pada kakinya, iaitu jangkitan bakteria yang jarang berlaku dan mengakibatkan kematian bahagian tisu lembut badan. Kaki saya mengalami gangren menyebabkan saya membuat keputusan untuk memotong bahagian bawah anggota badan.

Namun, tekanan darah saya meningkat tinggi sehingga diserang strok mata dan menjejaskan sebahagian penglihatan saya,” katanya. Katanya, dia berfikiran positif meneruskan kehidupan biarpun kehilangan kaki dan deria matanya.

Dengan sokongan pasangan saya (Jen), saya membuat keputusan untuk membiarkan janggut saya tumbuh semasa perintah berkurung di seluruh negara kerana Covid-19. Dengan penampilan itu, saya dapat membina lebih keyakinan diri,” katanya. Erin berkata, dia tidak pernah terfikir akan mendapat pengiktirafan itu kerana pernah malu dengan keadaannya itu.

Jen pula berkata, Erin berhak keluar menikmati hidup seperti orang lain walaupun ada kalanya ada pandangan serong daripada orang luar ketika melihatnya. Sementara itu, ibu Erin, Jill Roach berkata, dia sangat menyokong keputusan anak perempuannya untuk membiarkan janggutnya tumbuh kerana apa yang penting wanita itu gembira dengan apa yang dibuatnya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version