Seorang pembersih sampah jalan di Bangkok menjadi perhatian netizen kerana mempunyai wajah jelita dan sentiasa bersolek meskipun melakukan tugas sukar tersebut, lapor portal berita Mothership hari ini.Pattaramon Thocharoen, 27, atau dikenali sebagai Bow digelar ‘pembersih jalan paling cantik di Thailand’ selepas beberapa videonya tular di platform TikTok.
Menurut Bow, dia sering menyolek wajahnya ketika bekerja untuk kepuasan diri sendiri. Mengapa saya tidak boleh kelihatan cantik ketika melakukan pekerjaan yang sukar?” soalnya kepada akhbar The Straits Times. Menurut Bow, dia tidak berasa malu melakukan pekerjaan itu kerana ibunya juga merupakan pembersih jalan, manakala bapanya ialah pemandu lori sampah.
Ini adalah bidang kerja yang ibu bapa lakukan ketika membesarkan saya. Justeru, saya berbangga dengannya,” kata Bow. Bow menerusi hantaran di TikTok kerap berkongsi video menunjukkan rutin kerja hariannya seperti mencabut rumput dan membersihkan tong sampah.
Dia yang mempunyai lebih 330,000 pengikut ketika ini turut menjana pendapatan kira-kira 12,000 baht (RM1,583) sebulan daripada pekerjaannya itu. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.