Genap 11 tahun usia perkahwinan, Isteri Ustaz Don dedah cabaran yang mereka lalui sepanjang perkahwinan

Isteri kepada pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal, Husna Zahry berkongsi 11 tahun pengalamannya dalam rumah tangga sempena ulang tahun perkahwinan. Dedah Husna lima tahun pertama perkahwinannya dengan Ustaz Don, mereka hadapi cabaran yang sangat berat. “11 years dah solat subuh sebagai isterimu. When people ask me, antara semua anak-anak, yang mana satu yang paling challenging nak jaga? Senang je nak jawab “mestilah anak ibu mertuaku” hahaha (jangan la serious sangat, melawak ja)

“But true enough, after 11 years living together, I can honestly say that the first 5 years living in a marriage is the most challenging period of my life. I had my highest highs and my lowest lows in that five years..,” tulisnya. Husna berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik suntingan foto bersama suaminya.Menurut Husna, perkara paling penting dalam rumah tangga adalah memahami bahawa pergdhan adalah satu perkara yang normal.

“Sekarang dah officially masuk the second decade of our life together. And the one thing yang saya selalu pesan kat orang yang baru nak belajar hidup bersama, ialah supaya “learn the art of bergdh dengan pasangan”. Bergdh dalam marriage is normal. Kalau tak gdh tu yang tak normal..”Hidup ni, bukan siapa paling banyak mengalah dan hidup teruk tu yang terpaling menang.. bukan.. tak guna kalau asyik mengalah dan merengkam dan jadi seorang yang miserable sepanjang hayat..”Learn how to argue.. learn how to fight.. gaduh bukan untuk berpisah, tapi gdh untuk dapatkan penyelesaian.. gdh, tapi kena selalu ingat takda menang/kalah sebab you are ok the same team kita bukan enemies.. kita nak hidup bahagia dan membahagiakan..,” pesannya.

Kemas kini itu juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata m-rata bersetuju dengan perkongsiannya sekali gus mengucapkan tahniah sempena hari istimewa mereka. Untuk rekod pasangan ini sudah dikurniakan empat orang cahaya mata. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version