Neera Azizi memaklumkan dan menegaskan kepada peminat tentang ini

Pelakon Neera Azizi hanya berkawan dengan aktor Nafiez Zaidi walaupun hadir beriringan ke malam gala filem Malbatt: Misi Bakara minggu lalu.Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi, 25, menegaskan peminat tidak perlu menuduh dirinya penyondol atau sibuk menghantar sebarang mesej kepadanya.

Bertenanglah semua. Berkawan pun tidak boleh. Selepas ini saya duduk rumah sahaja hari-hari,” luahnya ringkas. Spekulasi mengenai hubungan mereka semakin kuat apabila Kosmo! Online! melaporkan Nafiez baru beberapa bulan putus cinta dengan aktres Fify Azmi.

Namun, ketika malam gala Nafiez hadir bersama-sama Neera dengan saling memaut lengan seolah-olah menunjukkan kemesraan mereka seperti pasangan bercinta. Sebelum ini, pelakon filem Ada Hantu itu mendedahkan sudah tiada apa-apa hubungan dengan Fify yang didakwa membatalkan perancangan untuk bernikah.

Begitupun, Fify enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya mengenai perpisahan dengan Nafiez, selain percaya dengan takdir yang diaturkan Tuhan. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version