Inara Rusli nak tuntut royalti untuk beberapa buah lagu, tak sangka lagu surat cinta untuk Starla salah satu lagu yang dia cipta dengan Virgoun

SELAIN mahu menyaman Virgoun, Inara Rusli juga mahu menuntut hak royaliti untuk beberapa buah lagu yang dicipta bersama bekas suaminya itu. Kata Inara, dia mengambil tindakan itu kerana mahu memperjuangkan haknya sebagai pencipta kepada beberapa buah lagu semasa mereka masih bergelar suami isteri. “Lagu itu dicipta selepas nikah. Jadi royaliti akan masuk di dalam harta sepencarian jadi kita tunggu sahaja keputusan hakim,” katanya memetik DetikHot.

Menurut peguam yang mewakili Inara iaitu Arjana Bagaskara, sebanyak tiga buah lagu dihasilkan bersama termasuklah lagu mengenai anak perempuan mereka berjudul Surat Cinta Untuk Starla. “Tuntutan royaliti 50 peratus akan dilakukan terhadap tiga buah lagu yang mana-mana ketiga-tiga itu akan menjadi milik Inara. Hak royaliti itu akan dimasukkan ke dalam akaun anak saya selepas ini,” kongsinya. Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan pisah terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecrngannya secara terbuka.Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version