Nampak makin rapat dengan Iqbal, Inspektor Sheila akui berharap dapat betugas di Bukit Aman semula

Inspektor Sheila yang pernah tular dan mencetuskan kontroversi tempoh  hari menyatakan pendiriannya untuk tetap memilih kerjaya sebagai anggota polis meskipun layak bertugas di luar negara dalam bidang lain. Dalam pada itu, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya S. Sheila Sharon, 35 berkata, dia juga berharap agar dalam kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membanteras kes jnyh. Ujarnya lagi, tujuannya memilih kerjaya badan beruniform adalah kerana mahu berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat sambil menyifatkan dirinya seorang yang tegas perihal kerja  dalam memberi tunjuk ajar dan latihan.

“Jika dengan izin tuhan saya mahu kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman untuk membanteras kes jnyh. Apabila orang menilai saya daripada tayangan video, orang anggap saya perempuan dan kurang ajar, tetapi tidak. Apa yang berlaku orang tidak lihat lagi, tak kenal maka tak cinta. Ada juga yang mempertikaikan saya sekarang ini cakap ‘pusing-pusing’ tetapi saya ada bukti, cakap dengan bukti,”ujarnya.

Sementara itu, Sheila menjelaskan status hubungannya dengan pempengaruh dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli semakin rapat dan kini sedang mengenal satu sama lain. “Apabila mengenali Iqbal, dia mula memahami saya yang sebenarnya bukan seperti tanggapan orang lain. Sekarang ini dia lebih rapat dengan saya, kita mengenal satu sama lain,” katanya lagi. Mengulas lanjut mengeai prosiding berlangsung hari ini, difahamkan Sheila akan memfailkan bantahan awal berkaitan isu Perlembagaan Persekutuan bagi membatalkan tiga pertuduhan termasuk mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Peguam, M Manoharan, mewakili Sheila, berkata bantahan itu atas alasan pertuduhan dikenakan tidak berasas dan remeh. “Saya nak bangkitkan dua pertuduhan (di hadapan Majistret, Chai Guan Hock) dan satu tuduhan (di hadapan Majistret, Nor Hafizah Rajuni), sama ada pendakwaan ingin mendengar semua kes di mahkamah ini (depan Guan Hock). “Saya percaya pengadu kes di hadapan seorang lagi majistret (Nor Hafizah) akan dipanggil sebagai saksi di hadapan mahkamah (Guan Hock). “Kami sudah serahkan laporan polis kes (hadapan Nor Hafizah), mohon satu lagi tarikh sebutan,”

Beliau berkata demikian ketika sebutan kes di hadapan Guan Hock, hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi, berkata sebahagian dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan Sheila, sebelum Guan Hock menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes seterusnya. Ketika prosiding di hadapan Nor Hafizah pula, Timbalan Pendakwa Raya, B S Erneetha Kaur, memaklumkan perkara sama sebelum majistret terbabit memutuskan tarikh itu untuk penyerahan dokumen. Sheila berdepan tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal serta dua orang awam.

Di hadapan Guan Hock, Sheila didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mngs mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hkmn maksimum ditahan dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hkmn maksimum ditahan lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Nor Hafizah pula, Sheila didakwa menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini masing-masing pada jam 12 tengahari dan 1 tengah hari, 15 Jun lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version