BEKAS penyampai radio Ismahalil Hamzah berkongsi sepanjang dua tahun meringkuk dalam pnjr banyak mengajarnya erti keinsafan malah mengambil peluang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Isma, 50, berkata, dalam tempoh itu juga dia berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali malah sering bertindak sebagai bilal apabila masuknya waktu solat. “Di dalam sana Alhamdulillah saya berpeluang jaga solat, laungkan azan setiap kali masuk waktu solat. “Saya juga berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali. Masa mula-mula nak lepaskan surah al-Bakarah itu agak lama sikit tapi surah-surah selepas itu dipermudahkan.
“Apabila sudah dibebaskan, rasa cinta dan sayangkan al-Quran semakin kuat,” katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini. Berkongsi saat pertama kali menjejakkan kaki ke Pnjr Sungai Buloh, Isma mengimbau pada awalnya dia seakan-akan hilang semangat namun melaluinya dengan baik apabila mula bergaul dengan banduan lain. Siapa yang tidak rasa down… Pada awalnya saya asyik nak tidur sahaja tapi Alhamdulillah dalam pnjr ini banyak aktiviti diadakan malah berkongsi makanan dengan rakan-rakan yang lain. “Pnjra mungkin tidak selesa tapi ia menimbulkan rasa insaf… Di sini juga saya belajar syukur, sabar dan reda. Mungkin payah tapi itu terpaksa kita lalui,” ujarnya.
Sementara itu, Isma berkata, meskipun sudah dibebaskan namun dia tidak dapat mengelak daripada kata-kata negatif orang sekeliling terhadapnya. Lali dengan perkara itu, Isma berkata, dia masih dalam tempoh berehat sementara mencari waktu sesuai untuk kembali bersiaran. “Sekarang ini saya perlu rehat dahulu… Perlu kembalikan semula semangat. Biasalah kadang ada orang bercakap negatif tapi saya sentiasa maafkan orang. “Tak perlu sakit hati tapi masanya untuk merawat hati,” luahnya.
Untuk rekod, Isma sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar bahan terlarang jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021. Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mt, jika sabit kesalahan. Pada 17 Julai lalu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepaskan dan membebaskan pengasas Bapakku FM itu daripada pertuduhan berkenaan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.