Dato Aliff Syukri tanya surah yang Ira amalkan ketika dilanda masalah, warganet pertikaikan jawapan Ira Kazar

Baru-baru ini, isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat terlibat dengan sesi fotografi bersama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri. Difahamkan, Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin dipilih untuk menjadi model terbaharu bagi mempromosikan tudung dan gincu jenama Aliff Syukri. Terbaharu, tular satu potongan video di TikTok memaparkan sesi siaran langsung yang dibuat Aliff bersama Ira sambil ditemani anak perempuan usahawan itu, Qadeejah El Zahra. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat bertanyakan apakah surah yang diamalkan Ira untuk membantu menenangkan dirinya ketika berada dalam masalah dan sebagainya. Boleh tahu tak surah yang Ira selalu baca bila kalau ada masalah ke apa ke kan? Namun begitu, jawapan yang diberikan bekas madu kepada pelakon Puteri Sarah Liyana itu begitu mengejutkan orang ramai.

Komen warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan tidak senang dengan jawapan yang diberikan Ira Kazar. Mereka mendakwa Ira memberikan jawapan tersebut adalah kerana tidak tahu membaca ayat suci al-Quran. Dalam pada itu, wargamaya juga dilihat terhibur dengan reaksi muka yang ditunjukkan Qadeejah yang seakan pelik dengan jawapan yang diberikan. Terdahulu, Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar. Sumber: OhBulan.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version