Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial milik @samtillafanclub yang meraih perhatian netizen. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 636 ribu, 47 ribu tanda suka dan komen sebanyak 3 ratus.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syeriv iaitu anak sulung kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sedang batuk seakan sesak nafas di tepi kolam. Keadaan itu membuatkan ramai yang berada disekelilingnya merasa cemas. Namun rupa-rupanya Syeriv hanya berlakon sahaja dan ingin menyakat semua yang berada disitu.
Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan Syeriv itu. Kata mereka ibu dan ayahnya seorang pelakon pasti anaknya pandai berlakon juga. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.