Tular Lelaki Korea selatan memilih wanita Aceh sebagai isteri

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan acara perkahwinan seorang lelaki warga Korea Selatan dengan seorang wanita berasal dari wilayah Aceh, lapor laman berita SindoNews semalam.

Video memaparkan majlis perkahwinan rentas budaya itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kimgunwooooo. Majlis itu diadakan di Meulaboh, Aceh Barat pada 8 Ogos lalu. Pengantin perempuan bernama Arma Yulisa, manakala pengantin lelaki bernama Park Sang-hyeok.

Sang-hyeok mengahwini Arma dengan mas kahwin berupa 62 gram emas. Majlis itu dihadiri keluarga kedua-dua mempelai dengan ibu bapa pengantin lelaki turut datang dari Korea Selatan.

Video perkahwinan itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Semoga saya berkahwin dengan orang Korea juga,” komen seorang netizen. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version