Setelah Seminggu Kunci Mulut Tanpa Menjelaskan Punca Batal Perkahwinan, Akhirnya Syafiq Kyle Kongsi Video Bersama Mimi Lana

Darah manis! Itu antara yang sering dikatakan dalam tempoh mereka sedang bertunang. Perkara ini kerana dalam tempoh berkenaan sering kali dikatakan mengenai cabaran dalam hubungan. Ada juga sebelum mengikat tali pertunangan, segala-galanya dalam keadaan baik dan mesra. Namun, dalam tempoh bertunang satu persatu cabaran dalam hubungan timbul.

Jika tidak bijak mengatur langkah untuk mengatasi cabaran itu, hubungan yang dibina ketika di alam percintaan boleh musnah begitu sahaja.

Selepas hampir seminggu mengunci mulut berhubung pembatalan majlis perkahwinan dengan Mimi Lana, perkongsian video kempen sebuah produk oleh Syafiq Kyle di Instagram (IG), petang tadi, mengundang pelbagai reaksi peminat. Sekalipun menyedari video dikongsi adalah komitmen bagi projek dijayakan bersama pengeluar produk, namun, klip yang menampilkan Syafiq dan Mimi itu, membangkitkan pelbagai persoalan termasuk apakah pengumuman pembatalan pernikahan, baru-baru ini, sekadar gimik.

Sebaik viral, klip video yang menampakkan kemesraan pasangan itu, pantas mencetus pelbagai persepsi netizen. Antara pandangan dikongsi berbunyi. Sementara itu, ada pengikut menganggap Syafiq yang terkenal dengan watak Ustaz Adam menerusi drama rantaian popular Nur, sengaja memberi ‘hint’ berikutan esok sepatutnya dia diijabkabulkan dengan Mimi.

Baru-baru ini, Syafiq dan Mimi mengejutkan peminat apabila mengumumkan membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadual berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, esok. Berita pembatalan majlis pernikahan pasangan itu disahkan, pengurus Mimi, Iman Tang. Kredit Murai PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version