Meskipun berbaki lagi beberapa bulan memasuki tahun 2024, sehingga kini berita mengenai pembuangan bayi masih lagi berlaku biarpun pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung ia berlaku. Ini termasuklah nasib seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tepi tong sampah di kawasan Moyan Batu Kawa, Kuching, Sarawak kira-kira jam 7.30 pagi hari ini. Memetik laporan Utusan Borneo, penjual kuih dikenali Xiew Ping berkata, bayi malang itu ditemui oleh pekerja kontraktor pemungut sampah ketika mengosongkan sampah dari tong sampah tersebut.
“Tiba-tiba saya nampak mereka (pemungut sampah) melambai ke arah saya dari seberang jalan. Ketika saya menghampiri tong sampah, mereka memberitahu saya ada bayi di sana,”ujar Xiew Ping. Selepas itu, mereka kemudiannya membuat panggilan kecemasan dan memaklumkan mengenai penemuan bayi tersebut, seterusnya dibawa ke kedai kopi berhampiran. Akan tetapi, mereka tidak dapat memberi bayi berkenaan minum susu kerana tiada susu formula bayi di kedai kopi dan berhampiran.
“Kami kemudiannya membawa bayi tersebut ke kedai kopi berhampiran sementara menunggu bantuan. Bagaimanapun, kami tidak memberinya susu kerana kami tidak mempunyai susu formula bayi di kedai dan semua kedai di sini masih tutup,”ujanya. Dalam pada itu, Xiew Pin meluahkan rasa syukur kerana bayi comel tersebut ditemui dalam keadaan sihat dan bernasib baik tidak menjadi mangsa binatang liar seperti anjing yang berkeliaran di tapak pembuangan sampah.
“Terdapat anjing liar di kawasan ini terutamanya di tapak pembuangan sampah. Nasib baik ada yang menemuinya dengan cepat,”jelasnya. Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim JAw Shyong mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan sekitar jam 9.18 tadi yang dibuat di Balai Polis Batu Kawa. Mereka yang terdiri daripada dua wanita juga telah menawarkan diri untuk menghantar bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Batu Kawa kira-kira 8.40 pagi bagi membuat pemeriksaan kesihatan.
“Saya mengesahkan laporan polis telah diterima hasil maklumat orang awam yang telah menelefon balai berkenaan berkaitan penemuan bayi yang masih hidup berdekatan dengan tempat pembuangan sampah berdekatan pasar raya Moyan Square, Batu Kawa. Bayi berkenaan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut, Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana bayi tersebut ditemui dengan selamat.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.