Timbulkan kontroversi di Malaysia, sekali kumpulan The 1975 diminta untuk bayar RM12.3 juta dalam masa 7 hari

Masih belum reda kes aksi kontroversi kumpulan muzik United Kingdom (UK) The 1975, hari ini penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) mengarahkan kumpulan tersebut untuk membayar ganti rugi lebih RM12.3 juta sebagai ganti rugi. Dalam laporan Malay Mail, penasihat undang-undang David Mathew bahawa pihaknya itu telah menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Ogos 2023 kepada kumpulan itu.

“Dalam surat itu, FSA telah menuntut The 1975 mengakui liabiliti mereka dan juga membayar jumlah £2,099,154.54 (RM12,347,967.91) dalam tempoh tujuh (7) hari. Surat Tuntutan (Letter of Claim) ditulis mengikut peruntukan Tatalaku dan Protokol Pra-Tindakan Arahan Amalan Inggeris (English Practice Direction Pre-Action Conduct and Protocol) yang merupakan sebahagian daripada Peraturan Tatacara Sivil Inggeris (English Civil Procedure Rules),” katanya.

Menurut David, tuntutan ini adalah berlandaskan tindakan The 1975 yang dikatakan telah melanggar kontrak.Difahamkan, kegagalan kumpulan itu untuk mengakui liabilitinya dan memberi pampasan kepada penganjur GVF 2023 akan menyebabkan FSA meneruskan prosiding undang-undang di Mahkamah England (Court of England). Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version