Selebriti transgender, Lucinta Luna meluahkan rasa sebak apabila sering mendapat hinaan serta kritikan yang hebat dalam kalangan warganet disebabkan kontroversi yang melanda dirinya. Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan Lucinta sedang duduk di atas sofa sambil kerana memikirkan komen-komen negatif warganet. Turut kelihatan tunangnya iaitu Alan datang menghampiri lalu memujuknya dan memberikan kata-kata semangat buat Lucinta. Klik sini untuk lihat video.
“Jujur aku sangat stress dan hilang arah apabila membaca segala kritikan serta cacian anda semua. Mental aku sengat terganggu dan tertekan sekali. Aku memang manusia yang dilahirkan tidak sempurna, tapi korang pernah tak ada dalam situasi aku? Korang dah laksanakan solat 5 waktu?, bersedekah?, berpuasa?, berdoa?, membantu orang susah?, berzakat?. Tambahnya lagi, orang ramai perlu muhasabah diri sendiri terlebih dahulu dan meminta untuk berhenti memberi kritikan dengan menghina ibu bapanya.
“Apa yang saya cakap ni cuba korang muhasabah diri dulu sebelum menghina arwah orang tua saya.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan nasihat dan semangat kepada Lucinta dengan mengatakan anak lelaki perlu kuat harungi dugaan.
Sumber: Ohbulan.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.