Tular video Mamat Exists menyanyi, sekali ramai yang tak sangka bila tengok penampilan terkini dia

Penampilan terkini vokalis kumpulan popular era 90-an iaitu Mamat Exists telah jadi perhatian wargamaya. Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin kelihatan semakin kurus dan bentuk wajahnya juga semakin cengkuk berbanding sebelum ini. Dalam video sama, Mamat yang mengenakan baju berona hitam dan merah itu sempat memenuhi permintaan untuk menyanyikan beberapa rangkap lagu hits Exists berjudul Untukmu Ibu. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terkejut dengan perubahan fizikal pada Mamat. Dalam masa sama, wargamaya turut mendoakan Mamat agar sentiasa berada dalam keadaan sihat selain ada yang merindui kemunculan penyanyi itu membuat persembahan di atas pentas. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version