Ini yang diputuskan oleh Najwa Latif Berhenti Kerja Pensyarah, Perlu Fokus Kepada Pengajian Peringkat Doktor Falsafah

Walaupun berat hati, penyanyi, Najwa Latif terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara waktu untuk fokus kepada pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 28, berkata, dia berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dan nekad ambil masa berehat buat masa sekarang.

Penyanyi Kosong itu bagaimanapun tidak berhajat untuk menganggur lama. Dia masih akan teruskan mencari peluang dalam kerjaya pensyarah selain aktif dengan kerjaya muziknya.

Terdahulu, Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).

Ketika ini, dia masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kredit Murai PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version