Semoga Allah merahmati dan memberi kami kekuatan tulis Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana, 27, berharap ujian tidak jadi kahwin yang kini dilaluinya bersama bakal pasangan juga pelakon, Syafiq Kyle, 31, akan menjadikan mereka sebagai muslim yang lebih baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, turut berdoa agar dirinya diberi kekuatan untuk melangkah selepas berdepan halangan terpaksa membatalkan majlis pernikahan itu. Semoga Allah sentiasa membuatkan kami berada dalam keadaan positif dan dikelilingi insan-insan yang mempunyai niat baik dalam hati.

Setiap titisan air mata yang mengalir ini menjadi penghapus dosa dan semoga doa yang dipanjatkan dimakbulkan. Semoga juga awak dan saya sentiasa tersenyum,” tulisnya. Mimi berkata, dengan apa yang berlaku kepadanya dan Syafiq itu disifatkan sebagai jalan terbaik buat mereka pada masa ini dan akur dengan ketetapan takdir.

Semoga Allah merahmati saya dan Syafiq serta memberikan kami kekuatan. Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya dan Allah memberikan kami kesabaran untuk terus melangkah. Mungkin juga apa yang kami percaya, perkara paling buruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat,” tulisnya meluah isi hati.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos ini. Berita pembatalan majlis berkenaan juga disahkan pengurus Mimi, Iman Tang yang memberitahu dia dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu, dua hari lalu.

Iman juga menafikan punca pembatalan majlis pernikahan mereka yang secara tiba-tiba ada kaitan dengan masalah peribadi membabitkan Mimi dan Syafiq. Pasangan popular yang sudah menjalin cinta selama lima tahun ini, memaklumkan simbolik majlis pertunangan mereka apabila Mimi berkongsi foto di Instagram memaparkan jarinya akan disarung cincin pada 21 Januari lalu.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version