PERSONALITI media sosial dari Indonesia iaitu Mimi Peri tidak menyangka kehadirannya di Malaysia disambut baik oleh peminat. Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, berkata ini merupakan kali pertama dia berkunjung ke Kuala Lumpur dan berharap dapat terus melebarkan sayap lakonan di negara ini. “Saya sangat terkejut dengan penerimaan peminat di Malaysia kerana mulanya hanya lihat di komen media sosial saja tapi bila hadir ke Malaysia rupa-rupanya saya dikenali. “Saya sangat seronok, lagi-lagi dapat melihat Menara Berkembar Petronas KLCC… Alhamdulilah Datuk Fizz dan Datin Almy layan saya dengan baik sepanjang berada di sini.
“Ini merupakan pengalaman pertama datang ke Malaysia dan InsyaAllah sekiranya diberikan peluang lagi memang saya mahu lebarkan sayap ke Malaysia kalau ada rezeki,” kata Mimi kepada mStar. Filem Mat Tudung Begins arahan Fizz Fairuz bakal ditayangkan di pawagam pada Khamis ini. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.