Sebuah banglo dua tingkat di Bandung, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai kerana dikatakan berhantu dan menjadi lokasi pemujaan berikutan binaan patung gurita gergasi di atas bumbungnya, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia hari ini.
Rumah tersebut baru-baru ini diiklankan untuk dijual pada harga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta) dan menjadi tular di media sosial selepas ramai netizen mempersoalkan harga tersebut. Rumah gurita berharga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta), adakah berbaloi?” demikian menurut keterangan satu hantaran yang dimuat naik di platform X.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan ramai mendakwa bahawa kediaman itu berhantu dan kelihatan menyeramkan meskipun tiada bukti menyokong dakwaan mereka. Seram harganya, lagi seram adalah rumahnya kerana ada banyak patung. Ditambah lagi dengan patung sotong gurita bersaiz gergasi,” kata seorang netizen.
Seram kalau tiba-tiba patung-patung di rumah itu boleh bergerak sendiri,” ujar pengguna media sosial lain. Sementara itu, seorang ejen hartanah yang mengiklankan kediaman itu menafikan dakwaan orang ramai. Dia berkata, rumah tersebut hanya sebuah kediaman mewah yang mempunyai reka bentuk unik.
Beberapa penghasil kandungan yang pernah melakukan lawatan ke rumah itu turut merakam bahagian dalam kediaman tersebut mempunyai kolam mandi serta pelbagai jenis patung haiwan. Pada bahagian bumbung pula, sebuah patung sotong gurita berwarna hitam didirikan dan menambah elemen seram kediaman tersebut.
Namun, laman berita Detik melaporkan, patung sotong itu dibina kerana pemilik rumah tersebut gemar elemen berkaitan dengan lautan. Tambahnya, patung sotong gurita itu sebenarnya tangki air yang dibina menyerupai haiwan tersebut. – AGENSI. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut