Jurusolek terkenal, MUA Bellaz sekali lagi menarik perhatian warganet apabila dia menghadiahkan pembantu rumahnya barang kemas bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu. Menerusi hantaran di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas. Menurut Bellaz, ini kali kedua dia menghadiahkan pembantunya itu sebagai tanda penghargaan kerana menjaga anak-anaknya. “Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi. Klik sini untuk lihat video.
Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat. Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz.” Dalam masa yang sama, dia turut memuji sikap pembantunya yang ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga. “Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia. Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraannya kerana berkongsi rezeki.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.