PELAKON Nabila Huda tidak pernah berniat mempersendakan penyanyi Masya Masyitah susulan tinggalkan komen bertanya mengenai artis kontroversi berkenaan. Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, dia memang tidak mengenali Masya dan pertanyaannya itu adalah untuk mendapatkan informasi susulan ramai sedang memperkatakan tentangnya. “Saya tidak ada niat pun ke arah itu (mempersendakan). saya memang jarang melihat media sosial dan tidak tahu apa yang berlaku. “Apabila keluar cerita tentang dia, saya jadi tertanya-tanya.
“Bila saya beri komen ada orang balas. Daripada situ saya dapat jawapan,” katanya. Nabila ditemui ketika majlis malam gala filem terbaharu lakonannya berjudul Rahsia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa. Tambah anak kepada penyanyi Datuk Amy Search ini, seperti orang lain dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan ingin tahu apabila melibatkan berita sensasi. Nabila berkata, dia juga tidak melihat statusnya sebagai seorang selebriti boleh dijadikan alasan untuk dia tidak dibenarkan mengambil tahu hal semasa.
“Saya juga manusia biasa. Saya berhak untuk komen. Lagipun bukannya saya tinggalkan komen yang buruk,” ujarnya. Nabila sebelum ini tinggalkan komen di sebuah portal selepas tular kisah Masya tampil dengan imej tidak bertudung. Berkongsi mengenai filem terbaharu lakonannya, Nabila menyifatkan Rahsia sebuah karya berat malah menyifatkan peranan sebagai Ramlah antara watak berat pernah dibawanya. Malah sepanjang penggambaran sekitar tahun 2019, Nabila cuba menjauhkan diri dengan suami dan anaknya supaya tidak terbawa-bawa apabila bertemu mereka.
“Saya masih ingat ada keluar bersama suami ketika sedang menjalani penggambaran… ketika itu dia kata saya lain namun saya tak merasakan perkara itu. Apabila sedar watak ini berat, saya kurang mendekati mereka… malah selepas selesai penggambaran saya ambil masa sebelum masuk ke rumah,” katanya. Selain Nabila filem arahan Shamyl Othman ini turut menampilkan pelakon lain seperti Fikry Ibrahim, Marsha Milan, Eman Manan, Qistina Raisah dan Syed Ali Murtadha. Filem ‘reboot’ karya Othman Hafsham pada tahun 1987 ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 10 Ogos.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.