Aktres Nadia Brian, 32, sebelum ini mendedahkan hasratnya mencari seorang lelaki untuk dijadikan calon suami selepas berpisah dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada April 2021. Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi memberitahu dirinya menginginkan teman hidup yang dapat memberi tunjuk ajar dalam agama Islam selain setia dalam perhubungan. “Saya ditanya tentang kriteria bakal suami dan saya beritahu nak yang beragama.. tapi mungkin dia (penulis) ada tukar sikit perkataan itu tapi tidaklah salah.
Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama. Sebenarnya nak berubah pun bergantung pada diri sendiri, doakan yang terbaik untuk saya,” katanya. Nadia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri dan tayangan perdana B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur semalam. Pelakon drama Suri Hati itu berkata, dirinya sudah bersedia untuk berada dalam fasa berkenalan dengan orang baru selepas dua tahun hidup bersendirian namun kesuntukan masa menjadi kekangan.
Dalam pada itu, pelakon berdarah campuran Malaysia-Australia meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan mendedahkan sedang berusaha mendekati agama sekaligus menjadi insan lebih baik. “Bila ada yang kata saya tak sesuai dengan orang beragama.. Saya minta doa yang baik-baik, penampilan saya bukan keterlaluan. Kalau keterlaluan pun saya minta maaf.. Saya masih menjaga batas, tidak mengganggu sesiapa dan tahu menjaga diri malah saya ada niat nak berubah menjadi lebih baik. Saya ada mendekati (agama) untuk diri saya sendiri seperti mengaji, tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ini saya rasa bersifat peribadi,” ujarkan.
Susulan hasrat tersebut, ramai warganet seolah-olah menyindir pelakon berkenaan kerana berpendapat imejnya yang seksi itu tidak sesuai mencari pasangan yang beragama. Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama Muiz pada 9 November 2019 namun ikatan tersebut terlerai di pertengahan jalan dan tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.