Penyanyi Nana Sheme menjelaskan dia dan suami mahu memastikan ekonomi rumah tangga mereka kukuh terlebih dahulu sebelum bersedia menerima zuriat. Ketika ditemui, Nana berkata dia bukan menolak rezeki untuk menimang cahaya mata. Sebaliknya ingin memastikan anak-anaknya dibesarkan dalam keadaan yang selesa. “Ramai yang kata saya nampak berisi, tapi sebenarnya saya kuat makan. Bercakap soal zuriat ini saya masih gembira untuk berdua. Bukan menolak untuk menimang cahaya mata, tapi mengikut perancangan kami mungkin lagi tiga tahun. Fokus pada kerjaya dulu.
Saya bekerja freelance, jadi pada saya kestabilan ekonomi terutama kewangan sangat penting. Sebab lain orang lain keutamaan. Untuk saya sendiri sudah pasti mahu berikan yang terbaik dan keselesaan untuk anak-anak saya nanti.” Sementara itu, pelantun lagu Hantu Atau Buaya itu berkata kehidupan berumah tangga memberikannya satu pengalaman yang berbeza dan akui gembira menikmati fasa bergelar seorang isteri. “Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin memberikan saya satu pengalaman yang lain. Orang kata dalam fasa sedang berbulan madu.
Bulan Oktober ini genap setahun bergelar isteri, bila hubungan dah halal ini, memang seronok. Dari segi tanggungjawab pun tiada yang berubah ketara sangat. Sebab kalau nak cakap soal masak, saya memang suka memasak dari dulu. Suami saya pun bekerja dalam industri seni, malah dia banyak tolong dan galakkan saya untuk kembangkan bakat dan minat. Saya lihat selepas berkahwin ini rezeki alhamdulillah melimpah ruah.” Untuk info, Nana selemat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya iaitu Zikri Zakaria pada 22 Oktober tahun lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.