Penyanyi Naufal Azrin mengakui dirinya kini sudah berpunya bagaimanapun dia lebih selesa tidak berkongsikan wajah teman wanitanya itu di media sosial. Penyanyi berusia 24 tahun itu berkata dia tidak gemar orang tahu mengenai kisah peribadinya namun dia tidak akan sorok jika ada peminat terserempak dia bersama teman wanitanya. “Saya sebenarnya tidak suka orang tahu pasal saya dan juga orang terdekat. Banyak hati yang perlu dijaga dan sebab itu saya lebih pentingkan privasi.
“Namun jika ada terserempak kami jalan bersama, saya tidak akan sorok. Kalau dah terjumpa kami bersama saya akan mengaju saja kami kekasih,” katanya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Casablanca itu mengakui kekasihnya itu cemburu jika ada peminat cuba mendekati namun tiada masalah jika Naufal berduet dengan mana-mana penyanyi wanita kerana tuntutan kerja. “Dia tidak ada masalah pun kalau saya berduet atau membuat persembahan dengan penyanyi wanita. Itu tuntutan kerja dan dia sangat memahami.
“Bagaimanapun kalau ada peminat yang nak rapat, mestilah dia cemburu. Jadi saya akan cuba cari jalan untuk jernihkan keadaan. Saya sentiasa yakinkan dia bahawa saya mampu lakukan terbaik untuk hubungan kami,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.