Rupanya kafe di Aceh wajib ditutup sebelum jam macam ini

Pejabat Gabenor Aceh mengeluarkan arahan yang meminta semua kedai kopi, kafe dan perniagaan seumpamanya ditutup sebelum pukul 12 tengah malam, lapor laman berita Kompas semalam.

Arahan itu dikeluarkan sejajar dengan Peningkatan Pelaksanaan Syariat Islam dan Masyarakat di Aceh yang ditandatangani pada 4 Ogos lalu. Gabenor Aceh, Achmad Marzuki berkata, para peniaga di wilayah itu perlu memastikan tidak ada pelanggaran syariat Islam selain diwajibkan menghentikan perniagaan apabila terdengar laungan azan.

Dalam surat itu, Marzuki meminta pihak polis dan penguat kuasa polisi syariah Aceh melakukan rondaan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut. Sebagai satu-satunya wilayah yang menerapkan undang-undang Islam, maka penting untuk mendekatkan para generasi (masyarakat) dengan masjid,” ujar Muhammad MTA iaitu jurucakap Gabenor Aceh. – Agensi

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version