PERKAHWINAN 13 tahun pengarah Aziz M. Osman dan isteri Puteri Lily Lokman berakhir dengan perpisahan sejak awal bulan lalu. Berkongsi perkara tersebut, Lily, 34, memberitahu dia tampil menjelaskan mengenai status mereka secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. “Sejak kebelakangan ini ramai bertanya status hubungan saya dan Aziz.
“Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah,” tulisnya. Lily menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Ahad. Dalam pada itu, Lily turut menjelaskan perpisahan mereka bukan disebabkan orang ketiga malah masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. “Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak. “Saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga,” ujarnya.
Malah anak sulung juga menerima keputusan baik mereka untuk berpisah. Untuk rekod, Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Azzahra, 11 dan Putera Mohamad Aryan, 5 tahun. Sebelum ini, Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan itu, Aziz dan Aliah dikurniakan enam orang cahaya mata. Selepas berpisah dengan Aliah, Aziz bertemu jodoh dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008 namun perkahwinan itu tidak sah kerana wanita itu masih dalam tempoh edah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.