Seronok dapat mummy baru, kadang kadang Shuib sampai rasa terpinggir sebab anak anak lagi rapat dengan Watie

Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata anak-anaknya semakin memahami dengan situasi ketiadaan ibu mereka selepas dua tahun pemergian Allahyarham Siti Sarah. Shuib berkata kehadiran isterinya, Watie Hanifiah menyerikan lagi keluarga malah keempat-empat anaknya rapat dengan ibu tiri mereka. Kata Shuib lagi, anak-anaknya juga lebih rapat dengan Watie berbanding dirinya sehingga dia berasa terpinggir. “Apa lebih penting melihat perkembangan anak-anak sangat positif… Paling penting adalah mereka punya kesihatan mental.

“Mereka seronok dengan Mummy baru (Watie) sampai kadang-kadang saya rasa terpinggir sebab mereka rapat sangat dengan dia. Saya sampai terfikir macam mana Watie boleh sehebat itu (mengambil hati anak-anak),” katanya. Terdahulu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 23 Jun lalu dalam majlis diadakan di Putra Glass House, Shah Alam. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version