Peminat Cair Lihat Hun Haqeem Gelak Sambil Tutup Mulut

Kalau sebut sahaja nama pelakon lelaki ini pasti ramai yang mengenalinya, tambah pula para wanita pasti ramai yang meminati aktor tampan ini. Siapa lagi kalau bukan Haqeem Hermy atau lebih dikenali dengan nama Hun Haqeem, dia merupakan pelakon dan model dari Malaysia. Antara drama lakonannya yang menjadi kegilaan ramai adalah watak jaafar dalam drama Kampung People dan Chinta Wrong Direction.

Hun Haqeem kini menjadi perhatian ramai kerana dikata kini penampilannya mirip seperti aktor yang berasal dari Korea atau memiliki ‘Korea Vibe’.

Baru-baru ini, bertempat di Mid Valley telah membuat perjumpaan bagi kesemua peminat Hun Haqeem. Pelbagai gelagat yang lucu serta mencuit hati yang telah dirakam oleh peminatnya. Salah satunya dari laman tiktok milik @ughundsarlzxc memuat naik video yang meraih perhatian ramai.

Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 211 ribu, 9.9 ribu tanda suka dan komen sebanyak 4 ratus. Di Dalam video berkenaan, memaparkan Hun Haqeem ingin membuat cabaran tarian tiktok namun dia terlupa dan meminta untuk melihat video tarian itu kembali. Sambil melihat video tarian tersebut, Hun Haqeem kelihatan tersipu maluketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version