Dapat hadiah dari peminat Australia, Shah Rukh Khan dedah miliki sebidang tanah di bulan

INDIA mencipta sejarah apabila kenderaan peninjau kapal angkasa Chandrayaan-3 berjaya mendarat dan memulakan misi menerokai permukaan bulan pada Khamis. Chandrayaan-3 muncul sebagai kapal angkasa pertama mendarat di kutub selatan bulan, bahagian yang belum diterokai. Pendaratan itu dibuat menerusi misi yang dikatakan penting bagi penerokaan bulan dan kedudukan India sebagai kuasa angkasa, beberapa hari selepas pendaratan milik Russia yang terhempas. Di sebalik kejayaan misi itu, nama pelakon Shah Rukh Khan juga menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan memiliki sebidang tanah di bulan.

Memetik laporan India Today, Shah Rukh tidak membeli tanah tersebut sebaliknya menerimanya sebagai hadiah daripada peminat berasal dari Australia. Menurut pelakon terkenal itu, tanah tersebut terletak di kawasan diberi nama Laut Ketenangan mengikut Lunar Registy. Dakwanya, hadiah tersebut diberikan kepadanya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 2002.”Seorang wanita warganegara Australia membeli sebidang tanah di bulan setiap tahun pada ulang tahun kelahiran saya. “Saya juga telah menerima sijil daripada Persatuan Republik Lunar,” ujarnya.

Sementara itu, peminat yang ingin dikenali sebagai Glamsham mengakui dia membeli tanah untuk Shah Rukh kerana sangat meminatinya. Jelasnya, dia ingin melihat Shah Rukh Khan menjadi hero pertama berada di bulan. “Saya mahu dia menjadi wira filem Hindi pertama di bulan! Saya mahu dia menjadi yang pertama dalam segala-galanya,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version