Ramai yang terkejut bila tengok Shaniena bayar zakat pendapatan lebih dari RM11k

Seorang pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Shaniena Natasya,20, mendedahkan dirinya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang peniaga yang berbakti kepada masyarakat terutama golongan memerlukan. Pada awal hantaran, usahawan berketurunan Siam ini memaklumkan dirinya masih belum sempat untuk menikmati bulan madu bersama suami tercinta meskipun mereka telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mei lalu.

Ini kerana masing-masing sibuk mengembangkan perniagaan lebih-lebih lagi memberi fokus untuk memasarkan produk diusahakannya. “Dua hari selepas kahwin, lancarkan produk berniaga bagai nak rak (bersungguh-sungguh). Alhamdulillah, produk (pelancaran) berjalan lancar sebab barang jadi boh (mujarab),”kongsinya. Dia yang mesra disapa Niena menyatakan kesemua kejayaan yang dikecapinya, hadirnya seorang suami yang memberi sokongan dan dorongan untuk terus kuat dalam dunia perniagaan. Klik sini untuk lihat video.

Pempengaruh berusia 20 tahun yang mempunyai lebih sejuta pengikut di platform TikTok berkata, meskipun sibuk mencari rezeki, namun dia tetap tidak lupa diri untuk menjadi seorang peniaga bertanggungjawab seperti membayar zakat pendapat bernilai lebih RM11,000 seperti mana dikongsinya. “Disebalik Niena yang hampa nampak huru heyhey, Niena takkan pernah lupa tanggungjawab Niena untuk golongan memerlukan..even kepada negara dan fakir miskin,”katanya. Dalam hantaran yang sama, dia turut mengulangi dan menegaskan dirinya tidak akan sesekali melupakan tanggungjawab sebagai seorang peniaga dan rakyat Malaysia dengan membayar cukai pendapatan seperti mana telah ditetapkan.

Seperti dijangka, ramai di kalangan warganet tinggalkan pujian akan tindakan usahawan beragama Buddha itu kerana tetap membayar zakat pendapatan meskipun tidak diwajibkan. Mereka juga mengatakan usahawan muda tersebut juga wajar dicontohi dan mendoakan agar perniagaan Niena dipermudahkan dan berkembang maju.

Sekadar info, sebarang bentuk bayaran sumbangan yang dilakukan orang bukan Islam tidak boleh dianggap sebagai zakat, kerana ia hanya dituntut kepada golongan muslim. Sebaliknya, ia dianggap sebagai sumbangan dan tidak salah kerana mereka juga mempunyai naluri dan percaya bahawa menyumbang adalah kaedah terbaik untuk membantu orang lain. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version