Warganet terhibur lihat Bella Astillah jadi pengacara

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya  Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.

Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah berkahwin dengan penyanyi asal Singapura yang menetap di Malaysia iaitu Aliff Aziz serta mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Terdahulu, tular satu video di laman media sosial tiktok milik Bella Astillah yang meraih perhatian ramai terutamanya buat peminat-peminatnya. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 151 ribu, 5 ribu tanda suka dan komen hampir 3 ratus. Di dalam video berkenaan, memaparkan Bella Astillah yang cuba untuk menjadi pengacara 999 namun membuat ramai ketawa dengan ayat penyampaiannya.

Rata-rata warganet teruja mendengar Bella Astillah yang berlakon sebagai pengacara itu. Kata mereka Bella Astillah mempunyai bakat dalam pengacaraan dan boleh mengacara rancangan 999 itu. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version