14 tahun dah jadi ibu tunggal, Siti Nordiana akui ada keinginan nak kahwin sekali lagi

Penyanyi Siti Nordiana akui masih ada keinginan untuk berkahwin lagi meskipun sudah 14 tahun menjadi ibu tunggal. Namun Siti Nordiana yang mesra dengan panggilan Nana beritahu, dia kini masih solo dan belum mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. “Buat masa sekarang ini saya masih solo. Tidak mendirikan rumah tangga dengan sesiapa. Saya belum berkahwin lagi. “Keinginan untuk berkahwin itu mestilah ada, sebagai manusia biasa. Tapi bukan sekarang atau dalam masa terdekat.

“Sekarang tidak mengenali sesiapa pun. Minta semua orang doakan juga saya,” katanya. Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Dadi Cinema, pada Selasa. Nana yang popular dengan lagu Memori Berkasih itu memberitahu bukan mudah untuk seseorang menerima keadannya kini yang merulakan ibu tunggal kepada seorang anak, Muhammad Rayyann Nakhaei, 15. Justeru Nana mahu mencari lelaki yang boleh memahami dirinya. “Sebenarnya saya mencari seorang lekaki yang boleh memahami dan bertolak ansur dengan saya.

“Sebab itu untuk berkahwin lagi ini mengambil masa yang agak lama. Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya. Yang cuba mendekati saya tidak perasan, mungkin ada yang cuba mendekati,” ujarnya lagi. Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version