Bijin Hime ialah salah satu jenis strawberi yang paling terkenal di dunia dan harga kayangan

Bijin-Hime atau dipanggil ‘Puteri Cantik’, bukan sembarangan strawberi kerana harganya yang ‘kayangan’ iaitu mencecah AS$350 sebiji (kira-kira RM1,592) sekali gus, menjadikannya salah satu buah termahal di dunia.

Buah itu ditanam oleh Mikio Okuda, seorang petani Jepun dengan lebih 45 tahun pengalaman menanam strawberi hasil percubaannya selama 15 tahun. Bijin-Hime ialah salah satu jenis strawberi yang paling terkenal di dunia. Saiznya sebesar bola tenis dan mempunyai anggaran berat sekitar 100 gram, namun bukan itu (saiz) yang menjadikan ‘Puteri Cantik’ istimewa.

Tahap kandungan gula menjadikannya rasanya jauh lebih manis dan mempunyai rasa yang mengingatkan seseorang kepada mawar. Tekstur strawberi Bijin-Hime dikatakan memberikan keseimbangan sempurna antara lembut dan pejal.

Warna merah yang berkilat dikatakan meresap hingga ke isinya. Ia juga tidak mempunyai sebarang keasidan. Seperti kebanyakan pengusaha strawberi Jepun yang lain, Mikio Okuda menanam Bijin-Hime ketika musim sejuk, memantau dengan teliti suhu tanah dan udara di dalam rumah hijaunya di Okuda Farms di Hashima, Wilayah Gifu.

Kematangan yang perlahan mungkin salah satu rahsia di sebalik kemanisan dan keenakan strawberi itu. CNN melaporkan Okuda Farms hanya menghasilkan kira-kira 500 strawberi jenis ini yang layak untuk dijual di pasaran, setiap tahun. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version