Kalau sebut sahaja nama pelakon lelaki ini pasti ramai yang mengenalinya, tambah pula para wanita pasti ramai yang meminati aktor tampan ini. Siapa lagi kalau bukan Haqeem Hermy atau lebih dikenali dengan nama Hun Haqeem, dia merupakan pelakon dan model dari Malaysia. Antara drama lakonannya yang menjadi kegilaan ramai adalah watak jaafar dalam drama Kampung People dan Chinta Wrong Direction.
Hun Haqeem kini menjadi perhatian ramai kerana dikata kini penampilannya mirip seperti aktor yang berasal dari Korea atau memiliki ‘Korea Vibe’. Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @mashykqgam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan meraih jumlah tontonan sebanyak 152 ribu, 16.4 ribu tanda suka dan komen sebanyak 155.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hun Haqeem sedang duduk dan menyanyikan lagu ‘Seluruh Cinta’ nyanyian asal dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan. Namun apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila suara nyanyian Hun Haqeem itu disamakan dengan suara Cakra Khan.
Rata-rata netizen yang melihat video nyanyian tersebut teruja dan memuji bahawa bakat Hun Haqeem bukan hanya sebagai pelakon namun dia juga berbakat dalam bidang nyanyian. Mereka juga menyamakan suaranya dengan Cakra Khan. dan pelakon Aqasha.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.